Daerah Johor Bahru
Daerah Johor Bahru

Daerah Johor Bahru

Daerah Johor Bahru merupakan satu daripada sepuluh buah daerah yang membentuk negeri Johor, Malaysia dengan ibu daerah Johor Bahru serta merupakan satu daerah yang termaju di Negeri Johor, Malaysia. Ia meliputi kawasan seluas 1,816 kilometer persegi. Daerah ini juga dikenali sebagai daeraah metropolitan Johor Bahru kerana dari segi bilangan penduduk mempunyai melebihi 2 juta orang. Daerah Metropolitan Johor Bahru merupakan metropolitan ketiga terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang dan Pulau Pinang. Daerah ini juga adalah sebahagian daripada Iskandar Malaysia dan merupakan metropolitan yang sedang pesat membangun.Bandar-bandar yang terdapat di dalam Daerah Johor Bahru ialah Bandaraya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Skudai, Puteri Habour, Desa Tebrau, Bukit Indah, Ulu Tiram, Stulang, Taman Perling, Pasir Gudang dan Permas Jaya.Daerah Johor Bahru dipecahkan kepada 3 jajahan perbandaran, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Antara petempatan yang utama dalam daerah Petaling adalah, Johor Bahru (ibu negeri), Iskandar Puteri (pusat pentadbiran), Pasir Gudang, Skudai, Tebrau, Ulu Tiram dan Gelang Patah.Metropolitan Johor Bahru mempunyai pelbagai pusat membeli-belah yang moden dan bertaraf antarabangsa seperti Johor Premium Outlets, AEON Tebrau City, AEON Bukit Indah, AEON Permas Jaya, AEON Taman Universiti, Johor Bahru City Square, KSL City, Medini Lifestyle Mall, Danga City Mall, Plaza Angsana dan lain-lain serta menjadikannya sebagai daerah pusat membeli-belah.Metropolitan Johor Bahru merupakan pusat pelancongan yang utama di selatan Semenanjung Malaysia dan mempunyai pusat pelancongan antarabangsa seperti Legoland Malaysia, Puteri Harbour Family Theme Park, Taman Tema Air Autin Heights dan lain-lain.Daerah metropolitan Johor Bahru terletak di bahagian Selatan Negeri Johor bersempadan:Daerah Johor Bahru terdiri daripada 9 buah mukim yang meliputi Sungai Tiram, Tebrau, Plentong, Pulai/Jelutong, Tanjung Kupang dan Mukim Bandar. Di samping itu, juga terdapat 38 buah kampung di dalam Daerah Johor Bahru.